Tips Memilih Jubah Moden Saiz Besar

Sunday, March 27, 2016


Mereka yang memiliki susuk tubuh yang biasa dan sederhana memang mudah untuk menyarung dan mengayakan jubah lelaki yang terdapat dipasaran cuma ianya bergantung dengan rekaan yang anda pilih. Dahulunya hanya terdapat rekaan yang memiliki satu warna sahaja, namun dewasa ini banyak plihan dengan rekaan yang menarik dan pelbagai.

Bagi mereka yang memiliki tubuh badan yang agak besar ada beberapa tips memilih jubah moden saiz besar yang boleh anda amalkan

1.Jika anda bersaiz besar, pastikan anda memilih ukuran atau saiz yang lebih besar dan longgar. Jubah yang ketat akan menyebabkan bahagian yang yang anda tidak ingini lebih menonjol apatah lagi jika jubah tersebut ketat.

2.Pilih jubah lelaki yang bermotifkan ornament yang kecil dan sederhana. Jangan memilih ornament yang besar dan bercorak melintang, kerana ia akan menampakkan badan anda yang lebih besar. Kalau boleh pilihlah yang bercorak menegak kerana ia menimbulkan kesan kurus dan langsing. Elakkan memilih garisan yang tebal dan lebar. Sebaliknya pilihlah dari warna yang pastel yang lembut dan mempunyai garisan kecil dan halus.

3.Pilih potongan jubah sesuai. Sebaiknya pilihlah jenis potongan yang sesuai dengan aktiviti yang anda lakukan, khususnya buat mereka yang memakai jubah ketika bekerja.Untuk anda yang bertubuh besar elakkan dari memilih jubah yang berkilat dan bersinar-sinar. Sebaliknya pilihlah dari material seperti cotton, chifon dengan ukuran yang lebih longgar.

4.Pilihlah rekaan jubah yang sesuai dengan badan anda. Gunakan jenis jubah berpotongan mengembang dibawah dan pilihlah material yang ringan dan melayang.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan anda pilihan yang lebih tepat dan sesuai. Malahan ia juga menepati adab pemakaian yang dikehendaki dalam islam Orang kata alah membeli menang memakai. Jemput share post tips memilih jubah moden saiz besar ini dengan rakan-rakan anda.

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

[facebook src="royalejubahcollections"width="400" height="300" hide-cover="true" posts="true"/]

Payment & Shipping