16 Adab-Adab Berpakaian Dalam Islam

Monday, March 28, 2016



Didalama kehidupan sebagai seorang muslim Nabi Muhammad saw telah menunjukkan sebaik-baik contoh untuk kita ikuti dalam kehidupan kita supaya kita berjaya didunia dan diakhirat. berikut adab-adab berpakaian dalam Islam.

1.Disunatkan memakai pakaian putih kerana Rasullulah saw menyukai pakaian berwarna putih. (HR: Tirmidzi, Abu Daud)

2.Memulai berpakaian dengan memasukkan tangan kanan terlebih dahulu, kemudian dilanjutkan dengan memasukkan tangan kiri, Begitu pula hendaknya jika memakai selipar atau kasut (HR : Bukhari, Tarmidzi, Muslim)

3.Kalau tidak ada kain sarung pakailah seluar. (HR: Bukhari)

4.Dengan ketentuan tidak diperbolehkan memakai seluar atau sarung melebihi mata kaki. Apabila melebihi mata kaki, maka selebihnya itu bahagian api neraka. (HR: Bukhari, Muslim, Nasai, Ibnu Majah)

5.Nabi saw, senang memakai jubah atau kurta (gamis berlengan panjang dan tidak memakai kerah) (H.R: Tirmidzi, Nasai)

6.Sunat memakai serban dengan memakai topi dibawah serban.(HR: Muslim, Tarmidzi)

7.Perbezaan orang kita dengan orang musyrik (dalam hal serban) adalah kita memakai serban diatas topi-topi.(HR: Muslim, Tarmidzi)

8.Serban Rasullulah saw mempunyai hujung yang jatuh ke pundaknya.(HR: Muslim, Tarmidzi)

9.Serban  Rasullulah saw ketika memasuki kota Mekkah berwarna hitam. (HR : Bukhari, Tarmidzi)

10.Jubah dan sarung Rasullulah saw dibawah lutut dan diatas mata kaki.(H.R: Tirmidzi)

11.Pakaian Rasullulah saw sangat sederhana. Rasullulah saw mengkhususkan memakai pakaian yang bagus ketika Hari Raya, Hari Jumaat dan ketika menghadapi tetamu.(HR: Nasai)

12.Rasullulah saw melarang memakai emas dan sutera.(HR: Bukhari, Muslim)

13.Dilarang memakai baju untuk menyombong dan kemewahan. (HR: Bukhari, Nasai, Ibnu Majah)

14.Dianjurkan tidak memakai baju yang mempunyai satu lengan sahaja. (HR: Bukhari)

15.Tidak dibolehkan memakai baju yang sempit dan ketat.(HR: Nasai)

16.Rasullulah saw melarang dan Allah swt melaknat lelaki yang memakai pakain wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki.(HR : Bukhari, Tarmidzi, Nasai)

Sumber: Petunjuk Sunah & Adab Sehari-Hari 1,  A. Abdurrahman Ahmad

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

[facebook src="royalejubahcollections"width="400" height="300" hide-cover="true" posts="true"/]

Payment & Shipping